WANITA TAAT BERIBADAH TAPI TIDAK BERTUDUNG, BAGAIMANA ?



Al-Kisah diceritakan, seorang wanita yang terkenal dengan ketaatan dalam beribadah.

Beliau sangat rajin melakukan ibadah wajib mahupun sunat namun ada satu kekurangannya, iaitu tidak berjilbab menutupi auratnya.


Setiap kali ditanya beliau dengan senyuman memberi jawapan: �In Sha Allah yang penting hati dulu yang berjilbab.�

Seringkali kawan, saudara dan ahli keluarga persoalkan kepadanya, namun jawapannya tetap sama.

Sehingga suatu malam beliau didatangi mimpi sedang berada di sebuah taman yang indah.

Rumputnya hijau dan pelbagai bunga-bungaan yang mekar dengan keharumannya. Sebatang sungai yang sangat jernih, mengalir di pinggir taman dengan hembusan angin yang bertiup segar yang didiami beberapa wanita sedang menikmati pemandangan keindahan taman.

Kemudian beliau menghampiri salah seorang dari wanita tersebut dengan wajahnya sangat bersih sinar cahaya yang sangat lembut.

Beliau memberi salam dan kemudian salamnya dijawab.

"Selamat datang wahai saudariku� Pelawaan wanita tersebut.

Beliau kemudian bertanya: "Apakah ini syurga?�

Wanita itu mengukir senyuman sambil menjawab. �Tentu sahaja bukan wahai saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu untuk memasuki syurga.�

�Adakah benarkah apa yang engkau katakan?"

"Tidak dapat aku bayangkan bagaimana indahnya syurga, jika tempat menunggu sudah seindah ini��

Wanita itu tersenyum lagi kemudian bertanya, �Amalan apa yang membuatmu kemari wahai saudariku?�

Lalu beliau menjawab: �Aku selalu menjaga solat, dan aku menambah dengan ibadah-ibadah sunatku.�

Sedang beliau sibuk dengan pelbagai persoalan, tiba-tiba pandangan matanya terpandang sebuah pintu dengan kilauan emas jauh di hujung taman tersebut.

Pintu itu terbuka luas, beliau melihat beberapa wanita yang bersamanya di taman tersebut mula memasukinya seorang demi seorang.

� Wahai saudariku..! Marilah, kita ikut mereka� Kata wanita itu sambil melangkah laju menuju pintu tersebut.

Beliau meneruskan persoalan lagi �Apakah yang ada dibalik pintu itu?�

Maka wanita tersebut menjawab: �Tentu sahaja syurga wahai saudariku��

�Tunggu, tunggu aku�!� Beliau mula berlari dengan sepantasnya mengejar kumpulan yang telah melalui pintu tersebut, akan tetapi beliau jauh ketinggalan.

Namun wanita yang bersamanya tadi hanya lari-lari kecil sambil tersenyum pada beliau. Namun beliau tetap sahaja tidak mampu mengejar meski dia sudah berlari sekuat tenaga.

Wanita itu berteriak dengan soalan kehairanan: �Amalan apa yang engkau lakukan sehingga engkau tidak mampu berlari, lambat dan ketinggalan?�

Beliau terus menjawab: �Sama sepertimu wahai saudariku��

Wanita tersebut telah mencapai pintu, sebelah kakinya telah melalui pintu. Sebelum wanita itu melepasi pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu: �Amalan apa lagi yang engkau lakukan yang tidak aku lakukan?�

Wanita itu menatapnya dan tersenyum lalu berkata, �Apakah engkau tidak memperhatikan dirimu apa yang membezakan engkau dengan diriku?�

Beliau sudah kepenatan, kencang nafas penat dengan larian yang tidak mampu lagi menjawab.

Wanita itu meneruskan soalan: �Apakah engkau mengira bahawa Tuhanmu akan mengizinkan engkau masuk ke syurga-Nya tanpa jilbab, sedangkan engkau berpakaian namun pakaian engkau membentuk badanmu, dan membiarkan aurat itu sebagai tontonan manusia, dengan gaya rambutmu engkau berdandang?�

Seluruh tubuh wanita itu telah melepasi pintu, pandangannya dari celah-celah pintu memerhatikan beliau sambil berkata: �Sungguh engkau manusia yang mengsia-siakan amalanmu, amalanmu yang banyak dariku, namun engkau tertipu dengan anggapanmu, yang akhirnya Tuhanmu menghalangmu untuk mengikutiku memasuki syurga ini.

Cukuplah syurga itu sebagai angan-anganmu, cukuplah engkau menemani hatimu itu sehingga engkau bodoh dengan tafsiran hatimu dan cukuplah niatmu menghijabi hati.�

Beliau kemudian terkesima, lalu terbangun dari tidurnya, beristighfar lalu berwudhu dan melakukan solat taubat. Menagis kekesalan dalam kepura-puraan beriman hanya pada hati, namun tidak menunaikan tuntutan ??????.

Semenjak peristiwa itu, beliau mula menutupi kesemua auratnya.

Allah SWT Berfirman �Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.� (QS. Al- Ahzab: 59)

Berjilbab, bertudung menutup aurat adalah perintah langsung dari Allah SWT, melalui utusan-Nya baginda Nabi Muhammad SAW.

Namun amat malang golongan wanita akhir zaman ini, mereka merasakan segala tuntutan menutupi aurat telah laksanakan, namun mereka itu dalam tipu daya syaitan, mengenakan pakaian tipis dan mengikut ukuran badan.

Sumber : facebook.com

Related Posts :

0 Response to "WANITA TAAT BERIBADAH TAPI TIDAK BERTUDUNG, BAGAIMANA ?"

Post a Comment